NADI MAHIR Masak sesi 2 - SLS - Banana Puding
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 Oktober 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Masak sesi 2 - SLS - Banana Puding. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:15 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai peralatan yang diperlukan seperti mangkuk, susu dan garfum hand mixer, papan pemotong, pisau, piping beg dan bekas untuk isi puding. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan mengenai bahan-bahan yang diperlukan contohnya instant custard, air masak, cream cheese, gula kasar, whipping cream, biskut telur/marie/biscoff dan pisang berangan yang masak ranum. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai langkah penyediaan bagi Banana Puding.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: